SELALUNYA biji betik dan kulit manggis akan menjadi sisa yang dibuang begitu sahaja. Namun sebenarnya, sisa buah tersebut mempunyai manfaat tersendiri jika diolah dengan sebaiknya. Itulah yang dilakukan oleh penyelidik di Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa (Inhart), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Muhamad Shirwan Abdullah Sani yang melihat ada manfaat lain yang perlu diteroka terhadap biji betik dan kulit manggis. Hasil penyelidikannya, ekstrak sisa buah tersebut sebenarnya boleh menjadi satu medium pengawet makanan semula jadi atau membuatkan suatu……














