fbpx
Antara koleksi bantal busuk yang dimiliki oleh pengguna Threads.

Koleksi bantal busuk…ada yang cabut kaki, keluar otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sesetengah orang mempunyai minat atau hobi yang unik, namun tidak ramai sanggup mengumpul barangan yang dianggap ‘busuk’ atau berbau kurang menyenangkan.

Begitulah kisah beberapa pengguna Threads yang menzahirkan obses mereka dengan menyimpan bantal busuk sejak lebih empat dekad lalu.

Menurut mereka, bantal kesayangan itu mempunyai nilai sentimental dan sejarah tersendiri sehingga tidak sanggup untuk dibuang meskipun sudah rosak teruk.

“Gais (kalian), teruk sangat ke bantal busuk aku ini,” soal pengguna @drilftling00.

Di ruangan komen pengguna tersebut, ramai turut memuat naik gambar bantal busuk masing-masing dan ada yang sudah terputus dua, namun masih diusung ke sana-sini.

“Patut kaki dia hilang, dekat awak rupanya,” seloroh @Nurin_Zainol.

“Bantal busuk saya berusia 43 tahun. Otak dah terkeluar,” kongsi Intanrashid.

“Aku ingat, aku sahaja yang ada bantal busuk,” komen Imannyrsara.

“Adik aku kata ‘ada kawan’,” kata @nrqis._. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI