fbpx
Gambar menunjukkan Khamenei. AFP/Getty Images

Khamenei jalani pembedahan kaki di Moscow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Pemimpin Agung Iran, Mojtaba Khamenei dibawa ke Moscow untuk menjalani pembedahan kaki atas jemputan peribadi Presiden Russia, Vladmir Putin selepas cedera dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel, lapor akhbar Mirror UK. 

Khamenei didakwa mengalami kecederaan dalam serangan AS-Israel menyasarkan Tehran pada 28 Februari lalu. 

Presiden Donald Trump berkata, Khamenei berkemungkinan terbunuh kerana tidak pernah muncul di khalayak sejak pelantikannya. 

“Saya tidak tahu sama ada beliau masih hidup. Setakat ini, tiada siapa yang dapat menunjukkannya.

“Saya diberitahu bahawa Khamenei telah terbunuh, jika beliau masih hidup, beliau harus melakukan sesuatu yang sangat bijak untuk negaranya iaitu menyerah diri,” kata Trump kepada stesen penyiaran NBC. 

Khamenei dilaporkan meninggalkan Iran dengan menaiki pesawat tentera Russia dan menjalani pembedahan yang ‘berjaya’ di salah satu istana Putin, demikian menurut akhbar Kuwait Al-Jarida.

Laporan tersebut masih belum disahkan, namun Al-Jarida mendakwa, pihaknya  menerima maklumat itu daripada sumber yang rapat dengan Khamenei. 

Beliau dikatakan dirawat di sebuah hospital pakar yang dicadangkan oleh Putin dalam panggilan pada Khamis lalu.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mengesahkan bahawa Khamenei berada dalam keadaan sihat dan mengawal sepenuhnya situasi yang berlaku. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI