fbpx
GAMBAR HIASAN

‘Sangka pelanggan wanita…rupanya yang datang lelaki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang jurusolek berkongsi pengalaman mengejutkan apabila pelanggan yang disangka wanita rupa-rupanya seorang lelaki transgender, datang untuk mendapatkan khidmat solekan di rumahnya.

Wanita itu berkata, sepanjang sembilan tahun bergelar jurusolek, itulah kali pertama situasi sedemikian berlaku kepadanya yang berpendirian untuk tidak menerima pelanggan lelaki.

Dia yang menggunakan profil @Syazlinmansor_hennamua di media sosial berkata, pelanggan berkenaan membuat tempahan seperti biasa dan turut membayar deposit sebelum hadir ke rumahnya.

“Lepas tu minta anak Lin buka pintu suruh kakak masuk tiba-tiba, ya Allah lelaki. Sumpah terkejut Lin dengan tak pakai tudungnya sebab rumah sendiri kan.

“Memang kalau klien bawa suami atau tunang memang Lin tak bagi masuk lelaki. Lepas tu tadi Lin tak tau nak buat apa sumpah serba-salah tapi Lin memang tak solek lelaki tu,” katanya.

Menurutnya lagi, pelanggan tersebut kelihatan kurang senang selepas dimaklumkan perkara itu, tambahan dia telah menunggu agak lama dan kemudian meminta deposit dipulangkan.

Malah, pelanggan lelaki itu turut menegaskan bahawa lelaki dengan transgender adalah berbeza, dan jurusolek sepertinya sepatutnya versatile (serba boleh).

“Lin cakap, ‘Maaf awak saya tak solek lelaki, saya ingat awak perempuan. Lepas tu dia buat muka marah. Lin faham sebab dia tunggu lama tiba-tiba Lin tak buat.

“Masalahnya Lin memang tak boleh, tak selesa lepas tu Lin minta maaf banyak kali. Dia mcam marah dan minta pulangkan deposit dan terus keluar,” ujarnya.

Perkongsian wanita itu dihujani reaksi ramai yang tidak senang dengan tindakan lelaki itu.

“Makin melampau puak-puak ni, dah tahu kau jantan, ambik lah jurusolek jantan,” komen seorang pengguna.

“Yang nak urut pun ada macam tu, tapi pengkid. Seram. Memang abaikan je terus,” kongsi pengguna lain.

“Alamak, kalau macam ni kita pun tak selesa. Ya Allah, moga dijauhkan la dari klien lelaki yang macam ni,” ucap @Izzahanis.mua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN