fbpx
Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran rumah di Kampung Tanah Lot Pantai, Dungun hari ini.

Rumah terbakar, suami isteri beraya sehelai sepinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Keterujaan sepasang suami isteri untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut hujung minggu ini bertukar duka setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Tanah Lot Pantai, di sini, hari ini.

Kebakaran pada pukul 8.15 pagi itu, memusnahkan semua persiapan raya Mohd. Ridzuan Abu Bakar, 36, dan isteri,
Siti Zulaikha Ramli, 36, termasuk duit raya yang sudah disediakan untuk tetamu.

Mohd. Ridzuan berkata, sewaktu kebakaran, dia dan isteri tiada di rumah kerana masing-masing keluar bekerja di Hospital Dungun dan klinik swasta berhampiran.

“Saya bergegas pulang ke rumah sebaik dimaklum kebakaran tersebut oleh seorang rakan sekerja. Tiada apa-apa mampu diselamatkan.

“Remuk hati saya melihat api kebakaran begitu marak menjilat rumah. Tak sampai 10 minit, rumah kayu yang kami didiami tinggal abu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mohd Ridzuan berkata, dia dan isteri yang sudah tiga tahun berumahtangga dan masih belum dikurnia cahaya mata bakal beraya dengan sehelai sepinggang.

Katanya, hatinya tambah sayu apabila pakaian raya yang dibeli untuk dipakai dia dan isteri pada sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti juga hangus terbakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI