fbpx
Gambar hiasan.

Pulang dari masjid lihat rumah disimbah cat merah, dilontar telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila rumahnya di Seksyen 22 di sini dipercayai disimbah cat merah dan dilontar telur oleh individu tidak dikenali, awal pagi Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi, lelaki berusia 59 tahun berkenaan mendakwa menyedari kejadian selepas pulang dari masjid untuk bersahur sebelum mendapati bahagian hadapan rumahnya dicemari cat merah serta terdapat telur di kawasan parkir.

Menurutnya, sebuah kenderaan jenis Chery Omoda 5 turut dilihat berada berhampiran kawasan hadapan rumahnya ketika kejadian.

Mangsa turut mendakwa menemui sekeping nota yang ditinggalkan di peti rumahnya yang mengandungi ugutan berkaitan hutang serta meminta bayaran diselesaikan segera.

“Nota itu turut mengugut akan menyebabkan kerugian lebih besar sekiranya hutang tidak dijelaskan,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki itu menafikan mempunyai sebarang hutang seperti yang didakwa dan percaya kejadian berkenaan mungkin berpunca daripada salah faham atau melibatkan individu lain.

Menurutnya, kejadian itu turut menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan ahli keluarganya kerana pelaku dipercayai mengetahui alamat rumah serta kenderaan miliknya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis dan berharap siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti suspek serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Setakat ini Kosmo! masih cuba mendapatkan pengesahan pihak polis berkenaan kes ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN