MELAKA – Pendapatan golongan nelayan di perairan Pernu, Umbai dan Telok Emas di sini yang mencecah RM5,000 sebulan sebelum ini dikatakan merosot kepada bawah RM1,000 ketika ini. Ahli Lembaga Persatuan Nelayan Melaka Selatan, Mohd. Sayuti Mohd. Kari berkata, antara faktor utama yang dikenal pasti adalah aktiviti melombong pasir di perairan berhampiran yang didakwa memberi kesan kepada ekosistem laut serta kawasan tangkapan nelayan. Katanya, keadaan air yang makin keruh akibat sedimen daripada aktiviti pengorekan pasir dipercayai mengganggu habitat serta kawasan pembiakan……














