fbpx
GAMBAR HIASAN

Graduan terkejut, jambangan bunga konvokesyen ada kamera ‘mengintip’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai terutamanya graduan diminta berhati-hati ketika menerima hadiah jambangan bunga kerana mereka mungkin sedang diintip.

Ia selepas seorang graduan berkongsi kisah telah menerima jambangan bunga yang mempunyai kamera tersembunyi semasa hari konvokesyennya.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, graduan yang dikenali sebagai Najihahmoni berkata, kejadian tersebut berlaku pada November lalu dan terbongkar selepas kakaknya terjumpa kamera tersebut.

Lebih membimbangkan katanya, jambangan bunga tersebut diletakkan di satu sudut berdekatan katil dalam biliknya.

“Shaking (menggeletar) dah aku ni. Kakak terjumpa hidden spy camera (kamera pengintip) dalam bouquet convo (jambangan bunga konvokesyen aku bulan November.

“Dahla aku letakkan jambangan tersebut betul-betul depan katil. Semoga Allah lindungiku,”tulis wanita itu.

Mengulas lanjut, graduan itu memberitahu, bunga tersebut adalah hadiah pemberian kakaknya sendiri dan mereka sekeluarga tidak menyangka bahawa jambangan tersebut mempunyai kamera pengintip dan ‘powerbank’.

“Bunga ini kakak yang bagi, memang masa beli rasa berat tapi saya ingat span air. Patutla bunga tu layu cepat sebab yang saya ingat span air tu sebenarnya powerbank,”katanya.

Tambah wanita itu, dia telah membuat satu laporan polis berkaitan kejadian itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN