fbpx
KEMENANGAN ke atas Lille dan kejayaan mara ke suku akhir Liga Europa memberi semangat buat Villa memburu kemenangan ke atas United. - AFP

EPL: Aston Villa terdesak cipta kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery meraikan kemenangan ke-100 bersama pasukan itu ketika mereka menewaskan Lille pada aksi Liga Europa sekali gus layak ke pusingan suku akhir kelmarin.

Bagaimanapun, kemenangan 1-0 dan meneruskan kemaraan di saingan pentas Eropah berkenaan masih belum membuatkan Emery gembira ketika beliau perlu mempersiapkan pasukan untuk aksi malam ini.

Villa bakal berkunjung ke Old Trafford untuk bertemu Manchester United malam ini dengan misi perlu meraih kemenangan untuk kembali meraih kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris selepas ia dirampas lawannya itu sebelum ini.

“Kemenangan ke-100 ini sudah berjaya dilunaskan, semua sudah saya lakukan. Sekarang, saya mahu pasukan melakukannya sekali lagi pada Ahad, menentang Man. United. Saya mengharapkan daripada pemain.

“Saya mahu meminta sesuatu yang lebih baik. Berdasarkan analisis, saya tahu masih ada ruang untuk meningkatkan lagi kemampuan pasukan. Kami melakukan kesilapan dalam proses, tetapi kami belajar melaluinya.

“Kami sudah menyelesaikan misi untuk layak ke suku akhir Liga Europa dan perlu meneruskan permainan yang baik dalam setiap perlawanan. Kami juga tidak melupakan EPL sebagai salah satu keutamaan kami musim ini.

“Kami sedang berada pada fasa yang utama pada bulan Mac, bertemu United adalah momen yang kami anggap sangat penting. Semua pemain perlu fokus untuk menghadapi perlawanan kali ini,” jelasnya.

Villa terdesak untuk meraih keputusan yang positif pada perlawanan kali ini selepas berdepan dua kekalahan berturut-turut sebelum ini menyebabkan kedudukan mereka dipintas United dan semakin dihampiri pasukan di kedudukan lebih bawah.

Kekalahan akan menyebabkan Villa terus tercicir mata ketika Liverpool dan Chelsea hanya kekurangan empat mata berbanding mereka di kedudukan keempat dan perlu mengelak terkeluar daripada kelompok lima pasukan terbaik jika mahu ke Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN