fbpx
Gambar hiasan

Warga emas rugi lebih RM2 juta terperdaya pelaburan saham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas berputih mata apabila kerugian RM2,262,750 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kes berkenaan sekitar pukul 11.16 pagi semalam.

“Mangsa iaitu seorang wanita tempatan berusia 66 tahun menyatakan telah diperkenalkan pelaburan saham di bawah sebuah syarikat oleh seorang ejen pada tahun 2023.
“Pengadu juga telah diterangkan mengenai pelaburan terbabit yang menjanjikan dividen sebanyak 10 peratus setiap tiga bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Lazim berkata, mangsa kemudian telah membuat beberapa transaksi secara berperingkat berjumlah RM2,262,750, namun tidak menerima pulangan seperti yang dijanjikan.

Katanya, kes kini disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI