fbpx
Lelaki cedera dipercayai disamun sekumpulan empat lelaki bersenjata dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Aman, Sungai Pelek, Sepang awal pagi semalam.

[VIDEO] Tuan rumah cedera diserang perompak Sungai Pelek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Seorang lelaki cedera selepas dipercayai disamun sekumpulan empat lelaki bersenjata dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Aman, Sungai Pelek di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun yang berada di rumah bersama keluarganya diserang suspek sehingga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Beliau berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian samun bersenjata itu, semalam.

“Siasatan awal mendapati mangsa disamun oleh empat suspek yang dipercayai bersenjata. Usaha mengesan dan menangkap semua suspek sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Hussaini Helmee di talian 019-8966292 atau balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI