PONTIAN – Tempahan inap desa yang memberangsangkan sempena Aidilfitri sehingga hari raya ke-9 membuatkan rata-rata pemiliknya menarik nafas lega. Ini kerana keuntungan yang diperoleh akan digunakan untuk menampung kos pengurusan disebabkan sambutan yang suram sepanjang bulan Ramadan. Pemilik Legasi Sayang Cabin Pool Stay di Kampung Parit Rabu, Pulai Sebatang, Bahtiar Shukor, 58, berkata, premisnya mula menerima kehadiran tetamu pada 19 hingga 29 Mac ini dengan tempahan mula diterima sejak sebulan lalu. Katanya, Legasi Sayang Cabin Pool Stay dibina dengan konsep……














