fbpx
VIJAY dikatakan sedang menjalin hubungan dengan Trisha sehingga isterinya memfailkan cerai.

Skandal Vijay Thalapathy kecohkan Kollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KECOH industri perfileman di India apabila aktor terkenal, Vijay dikatakan menjalin hubungan sulit dengan aktres Trisha Krishnan.

Rumah tangga aktor yang terkenal dengan gelaran Thalapathy itu berada di ambang kemusnahan apabila isterinya memfailkan perceraian selepas 26 tahun hidup bersama.

Trisha dikatakan menjadi orang ketiga dalam perkahwinan pasangan itu. Lebih menguatkan spekulasi apabila Vijay dan Trisha menghadiri perkahwinan sahabat mereka bersama-sama beberapa hari selepas isteri Vijay memfailkan perceraian.

Susulan itu, Trisha dikecam netizen di India kerana dikatakan tidak menghormati isteri Vijay dan melabelnya sebagai perosak rumah tangga.

Vijay dan Trisha sering bergandingan sebagai pasangan dalam filem sejak 2004 termasuk Ghilli. Antara filem lakonan mereka berdua yang mendapat kutipan pecah panggung adalah Kuruvi, Aathi dan Tirupaachi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI