fbpx
DUPLANTIS memecahkan rekod dunia kali ke-15 dalam karier dan kali kedua dilakukan di tanah airnya sendiri, Sweden. - AFP

Sensasi Duplantis makin memukau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

UPPSALA, Sweden – Jaguh lompat bergalah dunia, Armand ‘Mondo’ Duplantis terus mengukuhkan statusnya sebagai legenda olahraga selepas memecahkan rekod dunia buat kali ke-15 di laman sendiri, semalam.

Atlet berusia 26 tahun itu memukau penonton di kejohanan yang dinamakan sempena namanya di Uppsala apabila melepasi ketinggian 6.31 meter (m) hanya pada percubaan pertama.

Pencapaian luar biasa itu sekali gus memadamkan rekod dunia miliknya sendiri yang dipegang sejak dia mula memecahkan rekod tersebut dengan ketinggian 6.17m pada tahun 2020.

Dalam kejohanan itu, Duplantis hanya melakukan empat lompatan secara keseluruhan selepas melepasi ketinggian 5.65m, 5.90m, dan 6.08m yang semuanya dilakukan dengan hanya satu percubaan

Selepas itu, Duplantis meminta palang dinaikkan sebanyak 23 sentimeter (sm) untuk cubaan rekod dunia dan kemudian berjaya melepasi halangan itu pada percubaan pertama sekali gus menamatkan aksinya pada malam itu dengan penuh bergaya.

Ia adalah kali kedua Duplantis memecahkan rekod dunia di Sweden selepas melepasi 6.28m di Stockholm pada Jun tahun lalu, yang menjadi salah satu daripada empat rekod dunia yang diciptanya pada 2025.

Pada 15 September tahun lalu, Duplantis mencipta rekod dunia kali ke-14 apabila melakukan lompatan setinggi 6.30m pada Kejuaraan Dunia di Tokyo

“Ini adalah rumah saya, setiap kali saya berada di atas balapan, saya mewakili anda semua dan saya melakukannya dengan penuh rasa bangga. Saya melompat untuk diri sendiri, untuk keluarga, tetapi saya juga melompat untuk anda, untuk Sweden dan untuk semua yang menyokong saya,” kata Duplantis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN