PETALING JAYA – Timbul perdebatan hangat aplikasi Threads berkaitan sambutan Hari Raya Aidilifitti di negeri mana paling meriah.
Ia selepas seorang pengguna dikenali sebagai _Aynnfqhh yang mengatakan bahawa sambutan hari raya paling meriah adalah di Johor dan bukannya Kelantan.
Dia yang juga berasal dari Kelantan berkata, sambutan raya di Johor adalah berada pada level ‘berlainan’.
“Kelantan tak sepatutnya nombor satu. Nombor satu patutnya Johor. Raya di kelantan tak meriah pun, banyak kenduri je dari raya kedua sampai habis cuti.
“Kat Johor biasanya orang tak buat kenduri masa raya sebab diorang memang ‘all out’ beraya dari pagi sampai malam,” tulisnya.
Perkongsian tersebut turut dipersetujui seorang lagi pengguna dikenali sebagai Lagunadab yang memaklumkan bahawa raya di Kelantan hanya meriah sebab kenduri.
“Sebagai orang Kelantan, rasa Johor lagi meriah. Orang Kelantan masa raya kalut nak buat majlis kahwin. Serabut molek,” katanya.
Turut senada dalam isu tersebut adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nurkyraa1.
“Sebagai rakyat Kelantan yang membesar di Johor, saya setuju dengan pandangan ini. Paling suka masa baraan, makan dapat bergaya dapat dan bersosial pun dapat. Rindu Johor, sekarang tinggal di Kelantan, raya haji (Aidiladha) meriah,” katanya. – KOSMO! ONLINE














