fbpx
Wanita bertudung merah membantu membayar bil dua warga emas di kaunter HUKM. - Foto Cassienair

Mama siapa ni tudung merah!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita bertudung merah membantu dua warga emas yang menghadapi kesukaran membuat bayaran di kaunter hospital meraih perhatian ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian pengguna di Threads, Shobana Nair Surentharan, kejadian menyentuh hati itu berlaku ketika dia menghadiri pemeriksaan mata di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Menurutnya, seorang pak cik di kaunter bayaran tidak dapat membuat pembayaran kerana tidak biasa menggunakan kod QR atau pindahan bank, manakala kaunter tersebut tidak menerima bayaran tunai.

“Seorang mak cik bertudung merah tiba-tiba tampil membantu dan terus membayar bagi pihak pakcik tersebut. Selepas itu dia tidak terus pergi, sebaliknya berdiri di seberang kaunter seolah-olah memerhati jika ada lagi orang memerlukan bantuan,” katanya.

Tidak lama kemudian, seorang lagi warga emas berada di kaunter dan wanita sama sekali lagi tampil membayar untuknya.

Tambah Shobana, senyuman wanita itu selepas membantu mereka jelas menggambarkan keikhlasan. Malah, tindakan tersebut turut mendorong dua lelaki lain untuk membantu orang lain di kaunter sama.

“Saya doakan apa sahaja yang sedang dilaluinya dipermudahkan dan semoga dia dikurniakan kesihatan serta kebahagiaan,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Shobana turut memaklumkan dia bakal menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada matanya dalam masa terdekat dan berharap semuanya berjalan lancar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN