JAKARTA – Sejumlah wanita di Balikpapan Utara, wilayah Kalimantan Timur gembira apabila simpanan yang mereka kumpulkan bersama selama satu tahun mencecah lebih 107 juta rupiah (RM24,844), lapor portal berita Lambe Turah.
Wanita-wanita tersebut merupakan penduduk di Kompleks Perumahan Mandastana RT 53 Batu Ampar.
Rakaman video dikongsi di platform TikTok oleh akaun @balpos.official menunjukkan wanita-wanita itu sedang mengira jumlah simpanan mereka yang dikeluarkan untuk menampung keperluan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Setiap ahli dilaporkan menerima antara 5 juta rupiah (RM1,161) hingga 17 juta rupiah (RM3,947).
Pengumpulan wang itu menjadi tradisi tahunan bagi wanita-wanita di kejiranan tersebut. – AGENSI














