fbpx
SEBUAH kapal kargo dirakam di Selat Hormuz, utara Emiriyah Arab Bersatu pada 25 Februari lalu. – AFP

Nepal berjimat, jual tong gas separuh penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KATHMANDU – Nepal  mula menjual tong gas memasak separuh penuh untuk membendung penyembunyian stok dan pembelian panik, kata beberapa pegawai semalam, berikutan gangguan bekalan disebabkan perang Asia Barat.

Negara Banjaran Himalaya mempunyai 30 juta penduduk  itu hampir sepenuhnya bergantung kepada India untuk keperluan bahan api.

Kira-kira 90 peratus gas petroleum cecair (LPG) India melalui Selat Hormuz yang kini berdepan sekatan oleh Iran.

Ketika bekalan terus mengecil, New Delhi mengutamakan isi rumah, pengangkutan, dan sektor penting lain seperti hospital.

Nepal bagaimanapun masih mempunyai bekalan  gas  mencukupi tetapi mengurangkan isipadu tong supaya lebih ramai orang mendapat bekalan.

“Keputusan dibuat untuk mula menjual tong separuh penuh,” kata jurucakap Nepal Oil Corporation milik kerajaan, Manoj Kumar Thakur kepada AFP.

“Bekalan kami kekal utuh tetapi perang di Asia Barat dan berita kekurangan bahan api  menyebabkan pengguna  membeli lebih daripada yang mereka perlukan,” tambahnya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN