fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat landa 5 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah hingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, antara negeri yang terlibat di Semenanjung adalah Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) dan Pahang (Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan).

“Bagi Sarawak, cuaca buruk di jangka berlaku di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Sarikei (Sarikei, Julau dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro),” katanya.

Manakala di Sabah, amaran hujan lebat dijangka di Pedalaman (Sipitang dan Tenom) dan Tawau (Tawau).

MetMalaysia memaklumkan, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN