fbpx
HAVERTZ (tengah) meraikan jaringan selepas menyempurnakan sepakan penalti ketika seri 1-1 dengan Leverkusen awal pagi semalam. - AFP

Havertz selamatkan peluang Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LEVERKUSEN – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui anak buahnya tidak berada dalam keadaan bersedia ketika seri 1-1 dengan Bayer Leverkusen pada perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.

Arteta tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa terhadap pemain yang dilabel gagal memberikan tekanan dengan baik kepada pasukan lawan, namun memuji sumbangan dimainkan oleh Kai Havertz.

“Satu elemen adalah pasukan lawan memilih kelemahan kami iaitu kurang memberikan tekanan. Kami sudah berikan pemain tiga klip video, namun kami nyata tidak bersedia hingga menyebabkan kami terperangkap,” katanya.

Terdahulu, Leverkusen yang memiliki sokongan penyokong sendiri membuka jaringan menerusi Robert Andrich, namun Arsenal bernasib baik apabila dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Havertz.

Bagaimanapun, keputusan itu seakan masih memberi kelebihan buat The Gunners yang akan bermain di laman sendiri, Stadium Emirates pada perlawanan kedua Rabu ini.

Dalam masa sama, Arteta tetap menzahirkan rasa gembira dengan sumbangan dimainkan oleh Havertz yang juga bekas pemain Leverkusen dan menganggap penyerang itu mengharungi detik paling sempurna buat dirinya.

“Betapa tenangnya dia dan bola sepak juga menghadirkan cerita lucu serta mencipta cerita istimewa seperti menjaringkan gol penting. Saya fikir jaringan itu adalah detik penting bautnya dan kami sebenarnya tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN