fbpx
Fahmi (empat dari kiri) mengadakan pertemuan bersama Finas dan Animas di Menara Komunikasi, Putrajaya hari ini

Filem Papazola kutip lebih RM68 juta, bukti animasi tempatan ada potensi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Komunikasi melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan terus mempergiat usaha membantu pembangunan sektor animasi tempatan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sektor animasi tempatan mempunyai potensi besar untuk berkembang di peringkat antarabangsa.

“Animasi merupakan antara sektor perfileman yang penting dan berpotensi tinggi termasuk untuk dieksport. Filem animasi ‘Papazola’ telah berjaya mengutip lebih RM68 juta di pawagam seluruh negara dan juga berjaya ditayangkan di Indonesia,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Fahmi berkata, beliau telah mengadakan pertemuan bersama pihak Finas serta Persatuan Animasi Malaysia (Animas) di Menara Komunikasi, Putrajaya.

Menurut beliau, pertemuan itu bagi membincangkan pelbagai isu semasa yang dihadapi penggiat industri animasi.

Ujar beliau, perjumpaan tersebut memberi peluang untuk memahami dengan lebih mendalam cabaran yang sedang dihadapi oleh pemain industri animasi tempatan.

“Insya-Allah Finas akan mengatur satu sesi pertemuan 𝘵𝘰𝘸𝘯𝘩𝘢𝘭𝘭 selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Animas telah aktif sejak 2007 dan mempunyai lebih 5,000 ahli di seluruh negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI