fbpx
Gambar Hiasan

Pembayaran tol terbuka diperluas di semua Lebuh Raya PLUS bermula Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dijangka memperluaskan sistem pembayaran tol terbuka menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) di Lebuh Raya Utara Selatan bermula Ogos depan.

Pengarah Urusannya, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata ketika ini sistem yang menggunakan aplikasi JustGO Malaysia hanya boleh digunakan di kawasan utara membabitkan sembilan tol sekitar jajaran Hutan Kampung ke Sungai Dua.

“Pelaksanaan aplikasi ini sekarang hanya di bahagian utara melibatkan sembilan tol plaza antara Hutan Kampung, Kedah, dan Sungai Dua, Penang.

“Insya-Allah pada bulan Ogos ini, kita akan melancarkan (sistem ANPR menggunakan aplikasi JustGO di semua jajaran lebuh raya milik PLUS dari utara hingga ke selatan,” katanya pada sidang akhbar di Persada PLUS hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini kira-kira 200,000 pengguna telah berdaftar dengan aplikasi JustGO bagi memudahkan mereka menggunakan sistem ANPR.

“Biasanya, jika pengguna ‘pakai’ Touch ’n Go mereka perlu memasuki lorong aplikasi itu sahaja, begitu juga dengan ‘Smart Tag’. Tetapi dengan JustGO, ia dapat digunakan di mana-mana lorong,”katanya.

Sebagai makluman, aplikasi JustGO membolehkan pengguna berdaftar bebas memilih lorong masuk dan keluar tol tanpa perlu disesuaikan dengan kaedah pembayaran tertentu.

Nombor plat kenderaan akan dikesan secara automatik apabila melalui lorong tol dan caj diproses serta dipautkan terus kepada kaedah pembayaran pengguna melalui aplikasi mudah alih berkenaan.

Bagi menggunakan kemudahan ini, orang ramai hanya perlu memuat turun aplikasi JustGO Malaysia dan menghubungkan kaedah pembayaran pilihan seperti kad debit atau kredit tanpa sebarang kos pendahuluan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN