fbpx
Salah sebuah kapal yang diserang berada 11 batu nautika di utara Oman. - Tentera Laut Diraja Thailand

Iran bedil kapal kargo Thailand di Selat Hormuz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Tiga kapal kargo terkena bedilan ‘peluru berpandu tidak diketahui’, kata pihak berkuasa maritim dalam serangan terbaharu di Selat Hormuz, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Tekanan di laluan utama minyak dunia itu semakin meningkat sejak Israel dan Amerika Syarikat (AS) menyerang Iran akhir bulan lalu. Ia menyebabkan trafik perkapalan menurun, manakala harga bahan api global melonjak.

Antara tiga kapal kargo  diserang termasuk kapal mengibarkan bendera Thailand, yang berada lebih 20 kilometer dari pantai Oman. 

Kebakaran berlaku di atas kapal tersebut, manakala Tentera Laut Diraja Thailand berkata, 23 anak kapal berjaya diselamatkan.

Iran mengaku bertanggungjawab dan berkata, kru kapal itu tidak mengendahkan amarannya.

Kapal kedua adalah kapal kontena berbendera Jepun yang diserang 46 kilometer dari pantai Emiriyah Arab Bersatu (UAE), menyebabkan ia mengalami kerosakan kecil.

Kapal kargo ketiga pula berada lebih 90 kilometer ke barat  Dubai, demikian menurut pusat maklumat Operasi Perdagangan Maritim UK (UKMTO).

Jurucakap Tehran, Ebrahim Zolfaqari berkata: “Bersedialah untuk minyak berada pada paras AS$200 (RM786) setong kerana harga minyak bergantung kepada kestabilan serantau yang telah anda jejaskan.”

Terdapat 13 serangan yang disyaki dilakukan  Iran ke atas kapal-kapal yang beroperasi di sekitar Teluk sejak perang bermula. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN