RAMADAN hadir sebagai bulan tarbiah yang mendidik manusia tentang disiplin diri, kesabaran dan kesederhanaan. Ia bukan sekadar perubahan jadual makan, tetapi perubahan cara kita menilai nikmat kehidupan. Dalam suasana sahur yang sederhana dan berbuka yang penuh syukur, Ramadan mengingatkan manusia bahawa kesejahteraan bukan terletak pada kemewahan, tetapi pada keseimbangan. Namun realiti masyarakat hari ini sering memperlihatkan gambaran yang berbeza. Di seluruh negara, bazar Ramadan menjadi simbol kemeriahan setiap kali menjelang waktu berbuka. Deretan gerai yang menjual pelbagai juadah tradisional dan…














