fbpx
Zaiton tabah menjaga Adreena yang menderita sakit di Perumahan dan Penempatan Semula Nelayan di Tok Bali, Pasir Puteh.

Adreena lahir tanpa lelangit, jantung berlubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Seorang kanak-kanak daripada keluarga nelayan di Tok Bali, di sini, terpaksa membesar dalam serba kekurangan apabila dilahirkan tanpa lelangit selain menghidap penyakit jantung berlubang sejak bayi.

Kanak-kanak itu, Nur Adreena Raisya Parwira, 3, memerlukan penjagaan rapi setiap hari termasuk pengambilan susu khas melalui tiub serta rawatan berkala di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Ibunya, Zaiton Derani, 42, berkata, Adreena dilahirkan pramatang ketika usia kandungan 34 minggu sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi selama dua bulan selepas lahir.

Katanya, doktor mengesahkan anaknya menghidap beberapa komplikasi kesihatan termasuk sumbing bibir dan lelangit, pe­nyakit jantung kongenital serta masalah refluks gastrousus.

“Disebabkan tiada lelangit, Adreena tidak boleh makan seperti kanak-kanak lain dan perlu minum susu khas melalui tiub.

“Tiub itu perlu ditukar setiap dua minggu di klinik kesihatan dan kami juga perlu berulang-alik ke HUSM untuk rawatan pakar,” katanya di rumahnya di sini.

Katanya, doktor turut memaklumkan anaknya itu perlu menjalani pembedahan jantung dengan pakar Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Namun, mereka terlepas satu janji temu penting dengan doktor tahun lalu kerana kekangan kewangan untuk ke IJN.

“Sekarang kami terpaksa buat temu janji baharu,” katanya.

Menurutnya, suaminya, Parwira Omar, 46, hanya bekerja sebagai nelayan kecil memukat di pesisir pantai dengan pendapatan tidak menentu.

“Kadangkala pendapatan hanya RM500 sebulan. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM500 pula banyak digunakan untuk keperluan persekolahan dua lagi anak kami di tingkatan tiga dan empat,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun BSN 0301541100008897 atas nama Zaiton Derani atau menghubu­nginya di talian 010-9855502.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI