fbpx
Mohd. Khairi (kanan) memakaian topi keledar baharu kepada salah seorang penunggang motosikal pada Kempen dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya di Kemaman hari ini.

66,000 kenderaan masuk Terengganu setiap hari sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Sebanyak 300,000 kenderaan dijangka memasuki Terengganu dalam tempoh enam hari pada 19 hingga 24 Mac ini sempena musim perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, purata 66,000 buah kenderaan dianggarkan memasuki negeri ini sepanjang tempoh tersebut.

“Seramai 500 anggota dan pegawai termasuk 385 anggota trafik akan bertugas sepanjang tempoh tersebut sempena Op Selamat 2026 bagi memastikan kelancaran jalan raya.

“Tumpuan akan diberikan di pintu masuk utama di negeri ini iaitu Kemaman, Besut dan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2),” katanya sewaktu Kempen dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, sebanyak 20 kawasan hitam dan 23 kawasan panas yang kerap berlaku kemalangan dan kesesakan di negeri ini turut diberi fokus pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Beliau berkata, empat lokasi kerap kemalangan dikenalpasti masing-masing di Besut dan Marang serta Kuala Terengganu dan Setiu pula masing-masing tiga lokasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN