fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yag dimuat naik oleh Salman Ali di laman Facebook.

[VIDEO] Sedang beri ceramah tiba-tiba…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ceramah agama yang disampaikan Ustaz Salman Ali menerusi satu siaran langsung di laman Facebook baru-baru ini ‘diganggu’ beberapa kali oleh siren amaran keselamatan, namun dia tetap meneruskan pengisian ilmu tanpa panik.

Ustaz Salman Ali berada di Qatar sejak 2011 sebagai jurulatih debat di QatarDebate Center, di bawah Qatar Foundation serta aktif berkongsi pengisian agama secara dalam talian.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naiknya di laman Facebook menunjukkan dia sedang merakam ceramah ketika siren berbunyi, diiringi pengumuman keselamatan awam dalam bahasa Inggeris yang meminta orang ramai menjauhi tingkap, pintu, dan kawasan terbuka.

“Ada bunyi alarm untuk bersiap sedia di dalam sebab ada misail yang akan datang,” katanya.

Bagaimanapun, siren amaran itu berbunyi beberapa kali selepas itu menunjukkan beberapa misil yang dipercayai datang daripada pihak Iran telah dilancarkan dan dikesan di kawasan sekitar.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Kita pula takut dengar ustaz,” ujar @Ahmad Zulfiqar.

“Cari tempat perlindungan dulu ustaz,”risau pula saya,” kata @Adam Hawa.

“Semoga Ustaz sekeluarga berada dibawah lindungan Allah,” ujar @Noor H Shamsudin.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI