fbpx
AHMAD TAJUL (dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan menampar dan memukul isterinya menggunakan botol deodoran.

Tampar, pukul bini guna deodoran sebab pengecas telefon rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Gara-gara marah selepas pengecas telefon rosak, seorang pemandu lori bertindak menampar muka dan memukul isterinya dengan botol deodoran.

Sikap panas baran Ahmad Tajul Kushri Ahmad Tajul Ariffin, 48, akhirnya memakan diri apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Bapa kepada tiga anak itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mencederakan isterinya berusia 44 tahun di sebuah rumah di Peserai, dekat sini pada pukul 5 petang, 6 Mac lalu.

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya manakala Seksyen 326A, penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan atas sabitan kesalahan mengikut Seksyen 323.

Mengikut laporan, tertuduh berselisih faham dengan isterinya kerana menuduh lelaki itu tidak menjaga anak dengan baik sehingga menyebabkan barangan rosak termasuk pengecas telefon.

Pertelingkahan itu menyebabkan tertuduh mengemas pakaian untuk pulang ke Perak dan mangsa cuba menghalang sehinggalah lelaki itu mengambil botol deodoran.

Mangsa menjerit kesakitan dan tertuduh kemudian menampar mukanya. Keadaan itu menyebabkan mangsa cedera dan mengalami masalah pendengaran akibat hentak dengan botol kaca.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YGBK).

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 serta memerintahkannya melapor diri di balai polis berhampiran tiga minggu sekali.

Kes disebut semula 5 Mei untuk serahan dokumen dan lantikan peguam tertuduh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI