fbpx
AZAR hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban hari ini bagi memberikan sokongan kepada suaminya, Mohd. Apri Hazreen yang berdepan dua pertuduhan. - MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

Saya minta maaf, kalau boleh beri saya ruang – Azar Azmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pelakon wanita, Azar Azmi hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban di sini hari ini, dengan berjubah hitam dan memakai pelitup muka.

Azar atau nama sebenarnya, Siti Azar Ameerah Azmi, 35, tiba di mahkamah kira-kira pukul 10 pagi dengan ditemani dua remaja.

Azar ketika ditemui media di luar mahkamah memohon supaya diberikan ruang kepada dirinya.

“Saya minta maaf ya, kalau boleh beri ruang dekat saya. Insya-Allah ada apa-apa nanti saya beritahu,” katanya ringkas.

Pelakon drama Nur itu hadir bagi memberi sokongan kepada suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd. Sapri, 41, yang berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menipu dua mangsa atas urusan mendapatkan darjah kebesaran ‘Datuk’ dan tanah kurniaan melibatkan kerugian keseluruhan RM293,931 pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Mohd. Apri Hazreen mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN