fbpx
Tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen 1 Miri, pagi tadi. FOTO IHSAN MCMC

Muat naik hantaran jelik: Lelaki dipenjara 10 bulan, denda RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pentadbir akaun Facebook ‘Bat Tuo Sai’ dihukum penjara 10 bulan serta denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen 1 Miri selepas didapati bersalah memuat naik komen bersifat jelik melampau yang menyinggung sensitiviti agama Islam berhubung pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tertuduh, John Mule anak Alai, 48, didapati bersalah menggunakan perkhidmatan aplikasi secara tidak wajar dengan memuat naik penghantaran komunikasi yang bersifat jelik melampau dengan niat untuk mengganggu pihak lain.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berkata, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

“Beliau selaku pentadbir akaun Facebook ‘Bat Tuo Sai’, telah memuat naik komen yang mencerca dan penghinaan terhadap ayat suci al-Quran dan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pada hantaran Facebook Astro Awani berkaitan berita pemergian beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MCMC, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan serta denda RM50,000 terhadap tertuduh selepas didapati bersalah atas kesalahan tersebut.

Pada April tahun lalu, media melaporkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat laporan rasmi kepada MCMC berhubung tindakan seorang individu yang memuat naik komen tidak bertanggungjawab di laman Facebook Astro Awani ketika Istiadat Pengebumian Negara Tun Abdullah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata laporan itu dibuat supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI