fbpx
Gambar berbuka puasa di Masjid TNB Bangsar yang dikongsi di media sosial.

Lima sebab Masjid TNB Bangsar ‘best’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengurusan sistematik serta layanan ‘VVIP’ yang diberikan kepada ribuan jemaah setiap hari meletakkan Masjid Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bangsar sebagai antara lokasi paling digemari untuk berbuka puasa.

Menerusi hantaran tular di Threads oleh @Anas.Pawanchik, beliau berkongsi lima sebab utama masjid itu menjadi tumpuan ramai sehingga mencecah 6,000 jemaah sehari.

Katanya, antara tarikan utama adalah kecekapan kakitangan menguruskan orang ramai dengan penuh perhatian tanpa mengira status.

“Management (pengurusan) dan krew yang cekap urus 6,000 orang sehari dengan penuh kasih sayang dan langsung tiada perangai sombong.

“Apabila datang, mereka terus bawa kita duduk kat tempat yang sesuai. Semua orang dianggap VVIP di sini,” katanya.

Faktor kebersihan terutama bauan karpet yang menyegarkan turut menyebabkan jemaah sanggup datang dari jauh semata-mata mahu merasai sendiri suasana tersebut.

Beliau turut mendedahkan kualiti juadah sahur, iftar dan moreh yang disediakan adalah sangat premium dan ‘mewah’.

“Setakat ini, saya tak jumpa lagi masjid yang bagi makan semewah ini.

“Kawasan parkir juga sangat luas dan tiada masalah untuk jemaah yang datang membawa kenderaan,” ujarnya.

Katanya, tiada jurang kasta antara jemaah apabila golongan kenamaan dan pihak pengurusan tertinggi TNB sendiri dilihat duduk bersila di atas lantai yang sama untuk makan bersama orang awam.

Pendedahan itu mendapat reaksi positif warga maya yang menjadikan masjid tersebut sebagai contoh terbaik pengurusan rumah ibadat yang eksklusif dan mesra jemaah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI