fbpx
Jeneral Ali Mohammad Naeini. - Tasnim

IRGC keluar amaran keras untuk Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Jurucakap Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memberi amaran bahawa Tehran akan mengambil langkah untuk menghentikan eksport minyak dari rantau itu jika serangan berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran dan infrastrukturnya berterusan, lapor agensi berita Tasnim.

“(Donald) Trump, Presiden Amerika yang berbohong, telah mendakwa secara palsu bahawa kuasa Angkatan Tentera Republik Islam telah berakhir untuk melepaskan diri daripada tekanan perang serta untuk menamatkan rasa putus asa tentera mereka di rantau ini,” kata Jeneral Ali Mohammad Naeini.

Katanya, selepas kekalahan yang memalukan dalam perang, Trump cuba mencipta pencapaian dalam pertempuran dengan menipu pendapat umum dan mengelak tekanan psikologi. 

“Kita tidak melihat apa-apa daripada Trump selain pembohongan. Beliau mendakwa bahawa kapal komersial dan tentera berada di rantau ini serta melalui Selat Hormuz dengan mudah.

“Namun, kapal tentera laut AS, kapal dan semua jet pejuang telah berundur lebih 1,000 kilometer dari peluru berpandu dan dron Iran untuk kekal selamat,” tambahnya.

Kata Ali, Angkatan Tentera Republik Islam tidak akan membenarkan satu liter pun minyak dieksport dari rantau itu sehingga diberitahu kelak disebabkan pencerobohan berterusan oleh tentera AS dan Rejim Zionis terhadap rakyat Iran dan infrastruktur perkhidmatan. 

“Percubaan mereka yang gagal untuk mengurangkan serta mengawal harga minyak dan gas adalah sementara dan tidak membuahkan hasil.

“Trump tidak mahu rakyat Amerika menyedari bahawa semua infrastruktur ketenteraan AS di rantau Teluk Parsi telah musnah,” jelasnya.

Ali turut mencabar AS dengan berkata: “Angkatan Tentera Republik Islam sedang menunggu armada tentera laut AS di Selat Hormuz dan menjangkakan ketibaan kapal induk USS Gerald Ford.” – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN