fbpx
Kepulan asap naik dari pelabuhan Jebel Ali susulan serangan Iran di Dubai pada 1 Mac lalu. - AFP

Dron jatuh berhampiran lapangan terbang Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBAI – Sejumlah dron jatuh berhampiran lapangan terbang Dubai yang mencederakan empat orang, manakala kapal-kapal disasarkan berhampiran atau di Selat Hormuz hari ini, ketika Iran meneruskan kempennya untuk mengganggu pasaran minyak serta trafik udara dan maritim.

Rantau Teluk yang kaya dengan minyak telah menanggung beban serangan Iran sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Ia mencetuskan perang Asia Barat, dengan Tehran menyasarkan aset-aset ketenteraan AS dan infrastruktur awam.

Iran juga menyasarkan infrastruktur tenaga Teluk dan menyekat perkapalan di Selat Hormuz, yang biasanya membawa hampir 20 peratus pengeluaran minyak global. Ia menyebabkan perubahan harga yang mendadak.

Sebuah kapal kontena dan sebuah kapal pengangkut pukal diserang di luar pantai Emiriyah Arab Bersatu (UAE), satu di luar Dubai dan satu lagi di luar utara Emriate Ras Al Khaimah oleh projektil yang tidak diketahui, demikian menurut Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO).

Sebuah kapal ketiga turut diserang oleh projektil di luar Oman di Selat Hormuz, yang menyebabkan kebakaran sebelum ia dipadamkan, demikian menurut UKMTO.

Arab Saudi memintas dron yang menyasarkan medan Shaybah yang penting untuk pengeluarannya, manakala beberapa letupan didengari di Qatar, selain UAE melaporkan serangan baharu.

Arab Saudi berkata, ia memintas tujuh peluru berpandu balistik yang menyasarkan wilayah timurnya dan Pangkalan Udara Prince Sultan, di mana seorang anggota tentera AS cedera parah pada 1 Mac lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI