fbpx
Asyraf Wajdi.

345 institusi pendidikan Mara diberi cuti tambahan raya satu hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan beliau sudah berbincang dengan Ketua Pengarahnya untuk turut memberikan satu hari cuti tambahan bersempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua 345 institusi pendidikan Mara.

Menurutnya, kenyataan rasmi daripada Mara akan menyusul.

Semalam, Kosmo! melaporkan Kementerian Pendidikan mengumumkan cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 21 Mac ini.

Menerusi Kalendar Akademik Sesi 2026, KPM memaklumkan, bagi Kumpulan A membabitkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mula bercuti pada 19 Mac (Khamis) manakala Kumpulan B pula menikmati cuti tambahan selama dua hari iaitu pada 19 Mac (Khamis) dan 20 Mac (Jumaat). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN