fbpx
Wan Syukri menunjukkan Jambatan Wan Jamilah yang hampir siap dibina di Kampung Chatel Damai, Kuala Krai kelmarin.

Titi runtuh masa kenduri kahwin diganti baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – Sebuah titi gantung di Kampung Chatel Damai di sini, yang runtuh sehingga menyebabkan 50 tetamu majlis kenduri terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai awal Januari lalu, kini digantikan dengan jambatan baharu.

Kerja-kerja pembinaan jamba­tan itu telah melebihi 90 peratus dan dijangka dapat digunakan seminggu sebelum raya.

Ia dinamakan Jambatan Wan Jamilah sempena nama pengantin perempuan, Wan Jamilah Wan Syukri yang mana majlis perkahwinannya bertukar detik mencemaskan.

Bapa Wan Jamilah, Wan Syuk­ri Wan Isa, 54, berkata, dia terharu apabila nama anak perempuannya itu diabadikan pada jambatan tersebut dan menjadi sebahagian daripada sejarah kam­­pung berkenaan.

“Jambatan ini disifatkan sebagai hadiah Aidilfitri buat kami. Ia sekali gus menamatkan penantian lebih 20 tahun penduduk untuk menikmati kemudahan lebih selamat,” katanya ketika ditemui semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, lebih 50 tetamu termasuk rombongan pengantin lelaki ter­ja­tuh ke dalam sungai apabi­la sebuah titi gantung berusia 24 ta­hun runtuh semasa mereka da­lam perjalanan untuk menghadiri kenduri kahwin.

Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki patah kaki selepas terjatuh di atas batu, manakala seorang kanak-kanak cedera pada bahagian kepala dan tiga lagi luka ringan serta sesak nafas.

Sehubungan itu, Perdana Men­teri, Datuk Seri Anwar Ibra­him mengarahkan agar pembina­an jambatan baharu segera dilaksanakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI