fbpx
Dr. Wan Martina

Kematian doktor pelatih: Khuatir ada unsur tekanan kerja, buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – Kematian seorang doktor pelatih asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini pada Jumaat lalu perlu disiasat secara telus apabila kemungkinan wujud aspek tekanan di tempat kerja dan budaya buli dalam kalangan petugas kesihatan.

Ahli Dewan Negara, Dr. Wan Martina Wan Yusoff berkata, tragedi yang meragut nyawa bakat muda dalam bidang perubatan itu merupakan satu kehilangan besar kepada negara khususnya rakyat Kelantan.

Menurutnya, walaupun laporan awal polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut (SDR) dan tidak menemui unsur jenayah, siasatan lebih menyeluruh perlu dijalankan bagi mengenal pasti faktor penyumbang yang mungkin membawa kepada kejadian berkenaan.
“Beban kerja yang tidak munasabah dan waktu bekerja yang terlalu panjang sering menjadi punca keletihan mental dan fizikal dalam kalangan doktor pelatih.

“Justeru, sistem penggiliran tugas di hospital tersebut perlu dipantau dengan sebaiknya bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Dr. Wan Martina memberitahu, selain isu tekanan kerja, kemungkinan berlakunya budaya buli di tempat kerja juga tidak boleh dipandang ringan kerana ia sering menjadi ‘barah senyap’ dalam sistem latihan perubatan.

Beliau berkata, jawatankuasa siasatan khas yang ditubuhkan perlu meneliti rekod kerja mangsa serta mendapatkan maklum balas daripada rakan sejawat bagi memastikan tiada unsur intimidasi atau gangguan mental berlaku. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN