fbpx
PENGGUNA beratur untuk mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Metro Manila hari ini. – AFP

Rakyat serbu stesen minyak, penjawat awam Filipina kerja 4 hari seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA – Pengguna beratur panjang di stesen-stesen minyak di Filipina, manakala pihak berkuasa memberi amaran supaya peniaga tidak menyembunyikan bahan api ketika penduduk bergegas mengisi tangki minyak masing-masing menjelang  lonjakan harga yang didorong oleh perang Amerika Syarikat -Israel menentang Iran.

Perang di Asia Barat menjejaskan penghantaran dan merosakkan kemudahan minyak serta  gas di rantau itu, menyebabkan harga minyak global melambung tinggi.

Di Filipina, pengguna akan terkesan dengan siri kenaikan harga berperingkat bermula esok,  kata Setiausaha Tenaga Sharon Garin kepada jawatankuasa Kongres.

Berita itu muncul ketika Presiden Ferdinand Marcos mengumumkan minggu kakitangan awam bekerja  empat hari untuk menjimatkan penggunaan bahan api.

Harga diesel  yang menggerakkan bas awam dan jipni di Filipina melambung antara 17 peso (RM1.13) hingga 24 peso (RM1.60)  untuk satu liter, kata Garin pada taklimat akhbar petang.

Kos petrol biasa akan meningkat sebanyak 7 peso (RM0.47)  hingga 13 peso(RM0.87) seliter, manakala harga kerosin akan terjejas paling teruk, melambung antara 32 peso (RM2.14) hingga 38.50 peso (RM2.50).

“Harga bahan api tidak dikawal selia oleh (Jabatan Tenaga).

“Apa yang boleh kami lakukan ialah memantau dan meminta mereka menjelaskan mengapa harga mereka begitu, tetapi kami tidak boleh mengenakan hukuman,” kata Garin kepada pemberita.

Di sebuah stesen petrol di Metro Manila, wartawan AFP melihat motosikal, teksi dan kereta persendirian beratur dalam cuaca panas terik.

Pekerja stesen minyak Enrico Guda, 31, berkata,  jumlah kenderaan biasa yang dikendalikan stesen itu dalam sehari meningkat dua kali ganda kepada kira-kira 1,000 unit apabila pelanggan berusaha untuk mengisi minyak sebelum harga melambung tinggi.

“Barisan bermula 24 jam yang lalu. Pagi, petang, malah pada waktu subuh,” katanya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN