fbpx
ARSENAL berjaya menepati ramalan meneruskan kemaraan di Piala FA selepas membenam cabaran Mansfield kelmarin. - AFP

Piala FA: Arsenal sukar sebelum menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui cukup bangga dengan semangat juang barisan pemain muda pasukan selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas kelab divisyen tiga, Mansfield Town untuk lolos ke suku akhir Piala FA, kelmarin.

Menurut Arteta, pertembungan tersebut benar-benar mencerminkan keunikan Piala FA yang sering menghadirkan cabaran sukar buat pasukan pilihan terutama ketika Mansfield selaku tuan rumah berjaya menjaringkan gol penyamaan.

“Perlawanan ini membuktikan sejarah dan keindahan Piala FA kerana pasukan lawan memberikan tentangan yang sangat sengit.

“Kredit harus diberikan kepada Nigel Clough (pengendali Manfsield) dan barisan pemain kerana mereka bermain dengan penuh semangat, ditambah pula dengan sokongan luar biasa daripada penyokong.

“Situasi bertambah sukar apabila mereka menyamakan kedudukan, kami benar-benar perlu menggali kekuatan untuk memastikan kemenangan,” jelasnya.

Dalam masa sama, pengendali dari Sepanyol itu turut memuji dua pemain muda Arsenal, Max Dowman dan Marli Salmon yang diberi kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama meskipun berusia bawah 17 tahun.

“Saya sangat bangga melihat Dowman bermain dengan sangat baik, cara dia mengawal bola dalam situasi sukar benar-benar luar biasa. Salmon pula melakukan kesilapan selepas membenarkan lawan menjaringkan gol tetapi inilah lumrah bola sepak,” katanya.

Arsenal yang memburu trofi Piala FA buat kali pertama sejak edisi 2020 turut memiliki peluang terbaik melakar gelaran ‘quadruple’ apabila masih bersaing dalam Piala EFL, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN