fbpx
Kerosakan di pintu masuk Kedutaan AS di Oslo dirakam semalam. - AFP

Letupan gegar Kedutaan Amerika di Norway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

OSLO – Letupan di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Oslo berkemungkinan merupakan tindakan keganasan, kata polis Norway semalam seperti laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Kedutaan di ibu negara Norway itu mengalami kerosakan kecil selepas letupan pada awal pagi semalam, tetapi tiada sesiapa yang cedera.

“Salah satu hipotesisnya adalah ia tindakan keganasan, tetapi kami tidak sepenuhnya tertumpu pada itu,” kata Ketua Unit Penyiasatan dan Risikan Bersama Polis, Frode Larsen kepada penyiar awam Norway, NRK.

Pihak berkuasa Norway berkata, mereka berhubung dengan diplomat AS, manakala siasatan berhubung insiden itu sedang dijalankan.

Dalam kenyataan sebelum ini, polis Norway berkata, ‘sumber utama’ telah dihantar ke kawasan sekitar kedutaan AS pada kira-kira pukul 1 pagi (waktu tempatan) semalam.

Michael Dellemyr yang mengetuai respons polis, memberitahu NRK bahawa letupan itu berlaku di pintu masuk awam ke bangunan tersebut.

Beliau berkata, pegawai polis telah menjalankan pencarian di kawasan sekitar kedutaan di daerah Morgedalsvegen, Oslo, kira-kira 7 kilometer di luar pusat bandar.

Tambahnya, polis juga telah mengeluarkan rayuan untuk mendapatkan maklumat daripada sesiapa yang mungkin melihat atau mendengar apa-apa tentang insiden itu.

Gambar-gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan kaca pecah dalam salji di luar pintu masuk ke bahagian konsular bangunan, keretakan pada pintu kaca serta kesan gelap pada lantai berjubin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI