PETALING JAYA – Harga tiket penerbangan bagi destinasi utama seperti Pantai Timur, utara, Sabah dan Sarawak mengalami kenaikan secara drastik sempena perayaan Aidilfitri kira-kira dua minggu lagi. Tinjauan mendapati bagi laluan ke Kota Bharu, Kelantan, harga tiket adalah bermula dari RM769 sehala tiga hari sebelum perayaan tersebut berbanding RM202 hingga RM274 pada seminggu sebelumnya. Malah ada syarikat penerbangan menjual tiket ke Kota Bharu pada harga lebih RM1,200 sehala. Bagi mereka yang terpaksa pulang dua hari sebelum Syawal, harga yang ditawarkan……














