fbpx
ROB. FRIEND

Friend kecewa dengan keputusan CAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend label keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang mengekalkan pengantungan setahun kepada tujuh pemain warisan sebagai berlebihan.

Friend berpendapatan tindakan yang dikenakan adalah tidak seimbang jika dibandingan dengan beberapa kes sebelum ini yang hampir serupa.

“Kami kecewa dengan keputusan keseluruhan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan, meskipun terdapat pengurangan sekatan.

“Berdasarkan hujah yang dikemukakan, kami percaya terdapat asas yang kukuh untuk keputusan yang berbeza, dan pemain telah menunjukkan tahap profesionalisme serta integriti yang tinggi sepanjang keseluruhan proses ini.

“Ia tidak seimbang jika dibandingkan dengan beberapa kes terdahulu yang membabitkan situasi hampir sama, di mana penggantungan penuh daripada aktiviti bola sepak tidak dikenakan,” katanya.

Sebagai rekod, tujuh pemain terbabit adalah Hector Hevel, Imanol Machuca, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Gabriel Palmero.

Bagaimanapun, Friend bertegas yang pengurusan Harimau Malaya akan kekal teguh untuk memberikan sokongan kepada pemain khususnya menjelang persiapan untuk hadapi Vietnam pada aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2027.

“Ini adalah tempoh sukar buat pemain dan kelab yang sebelum ini sentiasa berikan sokongan kepada mereka. Tanggungjawab kami sekarang adalah kekal berdiri teguh di belakang pemain, fokus kepada perlawanan akan datang bertemu Vietnam dan pastikan Malaysia muncul lebih kuat dan bersatu,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN