fbpx
ORANG RAMAI beratur untuk mengisi petrol berhampiran sebuah stesen minyak di Dhaka semalam. – AFP

Bangladesh catu petrol, 2 liter setiap tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DHAKA –  Bangladesh  melaksanakan catuan bahan api semalam ketika perang di Asia Barat mencetuskan krisis tenaga, lapor laman berita Arab News.

Negara memiliki kira-kira  170 juta penduduk itu mengimport 95 peratus keperluan minyak dan gasnya.

Berikutan perang AS- Israel ke atas Iran, syarikat minyak kebangsaan, Bangladesh Petroleum Corporation (BPC) mengehadkan jualan bahan api untuk kebanyakan kenderaan bagi mengelakkan pembelian panik.

Sebagai contoh, penunggang motosikal kini dihadkan kepada maksimum 2 liter bagi  setiap tangki.

Sementara itu, seorang lelaki terbunuh di daerah  Jhenaidah selatan Bangladesh kelmarin selepas pertengkaran dengan kakitangan sebuah stesen minyak mengenai pengisian petrol berakhir dengan pergaduhan.

Berikutan kematian Nirob Hossain, 25, orang ramai yang marah membakar tiga buah bas dan merosakkan sebuah stesen minyak, kata pegawai polis Md Mahfuz Afzal.

Sebaik sahaja sekatan berkuat kuasa semalam, barisan panjang kenderaan terbentuk di luar banyak stesen minyak di Dhaka. 

“Saya menunggu lebih sejam untuk mengisi 2 liter petrol,” kata penunggang motosikal Md. Al-Amin, 45.

“Kapasiti tangki saya 8 liter. Saya biasanya mengisi minyak seminggu sekali. Jadi  sekarang saya perlu datang semula lusa,” tambahnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI