fbpx
PARA pemain Liverpool meraikan jaringan Mohamed Salah (dua dari kanan) menewaskan Wolves awal pagi semalam. - AFP

Liverpool bangkit balas dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WOLVERHAMPTON – Liverpool berjaya menebus semula maruah mereka selepas menewaskan Wolverhampton Wanderers pada pusingan kelima saingan Piala FA yang berlangsung di Stadium Molineux awal pagi semalam.

Kemenangan tersebut membolehkan The Reds melunaskan dendam ke atas Wolves, terutama selepas tewas 1-2 kepada pasukan tuan rumah itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Rabu lalu.

Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui sangat gembira selain perasaannya sudah kembali reda, terutamanya selepas kempunan untuk membawa pulang tiga mata bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.

“Sekarang perasaan saya sentiasa berbeza-beza setiap tiga hari. Tiga hari lalu, saya rasa sangat kecewa dan hari ini (semalam), sangat gembira kerana kami berjaya meneruskan kemaraan dalam Piala FA.

“Sudah tentu keadaan yang sangat melegakan untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir. Dalam tempoh tiga atau empat hari lagi, kami akan beraksi dalam perlawanan yang sangat penting di Istanbul,” katanya.

Dalam pada itu, beliau enggan memberi jaminan kepada bek kiri, Andy Robertson dan pemain sayap, Rio Ngumoha untuk berada dalam kesebelasan utama kerana keputusan dibuat berdasarkan prestasi ketika latihan.

“Semua pemain mahu beraksi dalam setiap perlawanan tetapi ia tidak mungkin berlaku. Bagaimanapun, saya tahu mereka sentiasa memberikan aksi 100 peratus setiap kali diberikan peluang bermain,” ujar Slot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN