fbpx
IRAZABAL (dari kanan), Holgado dan Figueiredo perlu meneruskan tempoh penggantungan hasil keputusan daripada CAS kelmarin.

Hukuman berat menanti Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MISI Harimau Malaya untuk layak ke pentas Piala Asia 2027 kini seperti di hujung tanduk selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengeluarkan keputusan rasmi rayuan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara kelmarin.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dijangka memberi hukuman berat terhadap FAM dan skuad Harimau Malaya selepas menurunkan pemain yang tidak berkelayakan susulan isu pemalsuan dokumen pada dua aksi kelayakan Piala Asia tahun lalu.

Sebelum ini, ramai pihak menjangkan antara senario terburuk hukuman yang boleh diberikan oleh AFC adalah pemotongan mata selepas beberapa pemain beraksi ketika menentang Nepal dan Vietnam dalam aksi Kumpulan F di laman sendiri.

Situasi itu wajar dan menuruti hukuman dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang membatalkan keputusan tiga aksi persahabatan Harimau Malaya menentang Cape Verde, Singapura dan Palestin selepas FAM melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025) kerana menurunkan pemain yang tidak layak.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John menegaskan hukuman lanjut akan dikeluarkan oleh pihaknya dalam masa terdekat selepas penelitian dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin.

“Kita telah bawa kes ke Jawatankuasa Disiplin AFC untuk tindakan selanjutnya. Keputusan akan dikeluarkan secepat mungkin. Pihak Jawatankuasa Disiplin akan tentukan (mengenai hukuman buat Harimau Malaya),” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Buat masa ini, skuad negara masih mendahului Kumpulan F dengan 15 mata selepas menang semua lima perlawanan dan bakal menentang Vietnam untuk aksi kelayakan terakhir di Hanoi pada 31 Mac depan.

Sebagai rekod, FIFA telah menjatuhkan hukuman kepada FAM dan tujuh pemain warisan negara yang digantung 12 bulan susulan isu pemalsuan dokumen pada September tahun lalu.

Bagaimanapun, CAS telah memberi kelonggaran buat tujuh pemain terbabit yang terdiri daripada Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Jon Irazabal dan Hector Hevel untuk menjalani latihan bersama kelab masing-masing.

Namun, semua pemain warisan negara itu masih ‘diharamkan’ daripada sebarang aksi kompetitif sehingga November depan selepas diberi penangguhan semenatra selama sebulan untuk bermain oleh CAS pada bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN