fbpx
Keadaan rumah dua tingkat yang musnah akibat kebakaran di Sri Aman awal pagi tadi. JBPM SARAWAK

Budak 9 tahun rentung rumah dua tingkat terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Taman Sentosa Indah, Sri Aman di sini hari ini.

Mangsa Ahmad Arfan Shah, 9, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lima lagi ahli keluarganya cedera dengan kesan melecur di badan dan kaki.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.02 pagi mengenai kejadian melibatkan enam mangsa yang berada di dalam rumah terbabit.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman yang tiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat yang terbakar 100 peratus.

“Lima individu berjaya keluar manakala seorang mangsa iaitu kanak-kanak berusia sembilan tahun terperangkap di tingkat atas,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, selepas operasi pemadaman terkawal, anggota yang melakukan kerja menyelamat telah menemui mangsa dalam keadaan rentung di tingkat atas sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian itu, lima mangsa yang cedera dikenal pasti Abang Mohd. Sanwani Abang Amin, 65 dan dua anaknya, Dayang Siti Mahfuzah, 60, Dayang Khairuulnisa, 41 serta cucu, Ahmad Alif Firdaus Jaidi, 15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN