fbpx
Gambar dikongsi Anwar ketika beliau melawat Mursidul Am Pas di Hospital Pulau Pinang hari ini.

Anwar ziarah Mursyidul Am Pas di Hospital Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, pagi tadi.

Anwar yang dalam rangka lawatan kerja ke Pulau Pinang dan Kedah singgah ke hospital berkenaan sebelum meneruskan jadual rasmi beliau.

Menurutnya, Hashim berada dalam keadaan baik dan mereka sempat berbicara panjang dalam pertemuan tersebut.

“Alhamdulillah, beliau dalam keadaan baik. Saya juga menyampaikan salam Azizah kepada beliau dan keluarga serta mendoakan afiyah dan kesembuhan segera buat Ustaz Hashim,” katanya.

Dalam lawatan sama, Anwar turut menziarahi seorang jururawat Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Beliau menzahirkan penghargaan terhadap pengorbanan petugas kesihatan yang disifatkan mempunyai jasa besar dalam menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat.

Sebelum beredar, Perdana Menteri turut mendapatkan taklimat mengenai perkembangan projek naik taraf kemudahan di Hospital Pulau Pinang bagi memastikan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan terus berjalan lancar demi manfaat rakyat.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI