fbpx
Tangkap layar gambar aliran trafik terkawal dari semua arah sepanjang lebuhraya Foto Info Trafik Besraya.

‘Mana pergi semua kereta, jalan kaki ke hari ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jalan raya pada waktu puncak ke tempat kerja pagi tadi didakwa lengang membuatkan ramai tertanya-tanya punca keadaan itu.

Sebelum ini sejak dua minggu di bulan Ramadan ini, jalan raya di Lembah Klang dikatakan sesak teruk berbanding kebiasaan.

Menerusi hantaran di media sosial, orang ramai meluahkan rasa hairan dengan perubahan mendadak itu sehingga ada yang berseloroh mengenai ‘kehilangan’ kenderaan di jalan raya.

Pengguna Mythical_capricornus, mempersoalkan bahawa semua orang telah sepakat untuk tidak memandu hari ini.

“Hari ini semua decide (membuat keputusan) jalan kaki pergi kerja ke? Jalan pelik je sunyi, traffic jam (kesesakan lalu lintas) pun tak ada,” ujarnya.

Sementara itu pengguna Shemaabas, mendakwa keadaan jalan yang tidak jem itu mungkin disebabkan orang ramai menyangka hari ini adalah cuti peristiwa.

“Jalan tak jem hari ini, dengarnya Selangor cuti Nuzul Al-Quran tapi bukan esok ke cutinya?,” jelas Shemaabas.

Pengguna Pxxvdll turut berseloroh bahawa situasi ini adalah suatu keajaiban.

“Ajaib Jalan Sentul Pasar dari Maxim Citylight sampai lampu isyarat The Fennel tak heavy (teruk) jem ya, semua duduk rumah ke apa eh? Tapi bagus sebab sekejap sahaja aku sampai pejabat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN