fbpx
Ishak menyerahkan bubur lambuk kepada peniaga Bazar Ramadan Kompleks PKNS, Shah Alam. Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

Ibu, bapa tunggal kumpulan tertinggi mohon pelepasan bankrap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Golongan ibu dan bapa tunggal mencatatkan jumlah tertinggi yang membuat permohonan bagi pelepasan bankrap menerusi program Fast Track setakat ini.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Datuk Ishak Bakri berkata, pihaknya menerima sebanyak 64 permohonan sejak Dasar Peluang Kedua Fast Track dilancarkan pada 16 Februari lalu.

“Statistik menunjukkan sebanyak 73 peratus daripada pemohon terdiri daripada ibu dan bapa tunggal berusia 30 tahun ke atas. Semua permohonan dibuat secara dalam talian dan akan diproses dalam masa 36 hari dengan syarat pemohon mengemukakan dokumen lengkap.

“Kita berharap peluang ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi mempercepatkan kelulusan pelepasan bankrap,” katanya ketika ditemui pada program MDI Prihatin dan Edaran Bubur Lambuk di Bazar Ramadan Kompleks PKNS di sini, petang ini.

Bulan lalu, kerajaan memperkenalkan dasar fast track bagi mempercepatkan pelepasan bankrap melibatkan empat kumpulan sasar iaitu ibu atau bapa tunggal, usahawan pinjaman mikro, mangsa penipuan kewangan dan peminjam perumahan bagi projek terbengkalai.

Ishak berkata, antara punca bankrap melibatkan peniaga kecil adalah disebabkan kegagalan melunaskan pinjaman terutama selepas pandemik Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI