fbpx

Fast track selesaikan isu capaian di kawasan keutamaan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mewujudkan proses fast track untuk menyelesaikan isu-isu capaian di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan keutamaan tinggi bagi memastikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Kawasan keutamaan tinggi termasuklah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri; hab pengangkutan seperti lapangan terbang dan stesen kereta api serta jaluran pengangkutan.

Bukan itu sahaja ia juga termasuk kawasan berimpak tinggi ekonomi; projek kerajaan yang dikenal pasti di bawah RMK-12; kawasan keutamaan tinggi bagi pelaksanaan 5G dan kawasan yang mempunyai pemberi perkhidmatan eksklusif.

MCMC melalui satu kenyataanya hari ini berkata, langkah itu diambil berikutan aduan pengguna baru-baru ini tentang kelewatan pemasangan perkhidmatan komunikasi di beberapa kawasan keutamaan tinggi akibat rundingan komersial yang berlarutan antara syarikat-syarikat pemberi perkhidmatan.

“Usaha ini sangat penting semasa mengharungi pandemik Covid-19 yang meningkatkan pergantungan pengguna, peniaga dan kerajaan terhadap perkhidmatan komunikasi untuk melaksanakan urusan setiap hari,” katanya .

Sehubungan itu, MCMC berkata, pihaknya mengarahkan syarikat-syarikat pemberi perkhidmatan memuktamadkan rundingan komersil bagi kawasan keutamaan tinggi yang telah dikenal pasti dalam tempoh 10 hari bekerja. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI