MENGAPAKAH seseorang boleh tersalah faham tentang waktu berbuka puasa? Pernah suatu ketika, seorang rakan mengajak saya menunda waktu berbuka puasa sehingga hampir masuk waktu isyak. Menurutnya, berbuka puasa perlu dilewatkan sehingga hampir waktu isyak iaitu selepas cahaya merah di ufuk timur hilang sepenuhnya. JAWAPAN: PENENTUAN waktu berpuasa dan berbuka puasa ditentukan oleh definisi jelas malam dan siang. Berbuka puasa dilakukan selepas terbenamnya matahari yang menandakan permulaan malam. Ketepatan waktu ini mencerminkan kepatuhan umat Islam terhadap syariat dan kesungguhan dalam……














